JENIS-JENIS PADI

Posted on

JENIS-JENIS PADI

 

Pembiakan jenis-jenis padi telah dimulakan di Semenanjung Malaysia pada tahun 1915 di stesyen Penyelidikan Titi Serong dan kemudiannya merebak ke stesyen-stesyen lain. Berbagai jenis padi telah dikeluarkan dan diantara jenis yang diminati ialah Siam 29, Nachin, Serendah Kuning, Seraup 50 dan Siam 48. Walau bagaimanapun jenis-jenis padi tempatan ini adalah peka cahaya dan hanya sesuai untuk ditanam “di dalam musim” sahaja.

Ciri-ciri Jenis Padi

 477

  • Malinja
  • Mahsuri
  • Ria
  • Bahagia
  • Murni
  • Masria (pulut)
  • Jaya
  • Sri Malaysia Satu
  • Sri Malaysia Dua
  • Pulut Malaysia Satu

Pada tahun 1969, Mahsuri Baru yang tidak peka pada penyakit karah, telah dikeluarkan dan disebarkan kepada petani untuk menggantikan padi Mahsuri asal yang sangat peka pada penyakit tersebut.

Pada tahun 1950, negara kita telah menyertai rancangan pemilihan dan pembiakan padi antarabangsa. Rancangan ini bertujuan mengeluarkan jenis padi yang sesuai ditanam dua kali setahun dan mempunyai sifat-sifat utama seperti:-

  • mengeluarkan hasil tinggi
  • matang dalam jangka masa yang singkat
  • tidak peka cahaya
  • tidak peka kepada serangan perosak dan penyakit
  • tidak mudah rebah
  • menghasilkan mutu beras yang baik

Jenis Padi Baru Telah Dikeluarkan

Dari tahun 1964 hingga 1974, sejumlah lapan jenis pada beras dan dua jenis padi pulut telah dikeluarkan. Padi ini adalah jenis berhasil tinggi dan sesuai ditanam dua kali setahun.

Penerimaan Padi Jenis Baru di Malaysia

Penerimaan padi jenis baru di Semenanjung berbeza dari kawasan ke kawasan. Diantara sebab-sebabnya ialah:-

  • Jenis padi baru itu tidak sesuai ditanam di kawasan-kawasan tertentu yang mempunyai air dalam dan kemasaman tanah yang tinggi.

  • Ada pula jenis baru yang tidak digemari oleh sebahagian besar petani di negara ini kerana kononnya rumpunnya rendah dan peka pada penyakit.
  • Keminatan kepada padi jenis tradisional masih kuat di setengah kawasan.
  • Padi jenis baru menggunakan banyak baja untuk mengeluarkan hasil yang tinggi. Ini menyebabkan ada petani yang kurang suka menanamnya.
  • Setengah petani menanam padi untuk menghasilkan beras dan nasi mengikut selera.

Rajah berikut menunjukkan jenis padi baru yang ditanam di Semenanjung mengikut negeri:-

 

 

Negeri Jenis Padi Baru Yang Ditanam
Kedah Padi Mahsuri, Ria Bahagia, Murni, Jaya & Padi Pulut Malaysia Satu
Perlis Padi Mahsuri
Pulau Pinang Padi Mahsuri, Bahagia, Masria, Jaya, Padi Sri Malaysia Satu & Pulut Malaysia Satu
Kelantan Padi Mahsuri, Ria, Bahagia, Murni, Jaya, Padi Sri Malaysia Satu dan Pulut Malaysia Satu
Terengganu Padi Mahsuri, Ria, Bahagia, Sri Malaysia Satu, Sri Malaysia Dua
Selangor Padi Mahsuri, ria, Bahagia, Murni, Jaya, Sri Malaysia Satu, Pulut Malaysia Satu
Pahang Padi Malinja, Mahsuri, Ria, Bahagia, Murni, Masria, Jaya, Sri Malaysia Satu, Sri Malaysia
Dua dan Pulut Malaysia Satu
Perak Padi Malinja, Mahsuri, Ria, Masria, Bahagia, Sri Malaysia Satu dan Sri Malaysia Dua
Negeri Sembilan Padi Mahsuri, Ria, Bahagia, Murni, Sri Malaysia Satu, Sri Malaysia Dua dan Pulut
Malaysia Satu
Melaka Padi Malinja, Mahsuri, Ria, Bahagia, Murni, Jaya dan Sri Malaysia Satu
Johor Padi Malinja, Mahsuri, Ria, Bahagia, Murni, Sri Malaysia Satu, Sri Malaysia Dua
dan Pulut Malaysia Satu

Penutup

Pembiakan jenis baru telah dibuat khusus untuk meninggikan hasil pengeluaran padi negara serta meninggikan pendapatan petani. Diantara sifat-sifat padi yang telah dititikberatkan dalam program pembiakan padi di negara ini ialah hasil yang tinggi, mutu beras yang baik, tidak peka pada penyakit serta jangkamasa kematangan yang singkat. Setakat ini jenis padi baru yang paling digemari oleh petani-petani di seluruh Semenanjung ialah Mahsuri Baru.

Pada 4hb. November 1979, Kerajaan Malaysia telah mengisytiharkan tiga jenis padi baru iaitu Padi Semenanjung, Sekencang dan Sekembang yang dikeluarkan oleh pihak MARDI. Antara ciri-ciri padi baru ini adalah seperti berikut:-

 

Jenis
(Ciri-ciri)
Setanjung
(MR 1)
Sekencang
(MR 7)
Sekembang
(MR 10)
Keturunan IR 22 dan Pazudofusu Jaya dan Tadukan IR 8 /Engkatek/
Secupak dan Ria 163
Jangkamasa Matang
(hari)
136 – 140 120 – 125 140 – 146
Tinggi Pokok (sm) 110 – 120 97 – 120 96 – 109
Bentuk Pokok Padat dengan daun yang
tegak
Padat dengan sedikit
daun terkulai
Tegak dengan daun yang
berlebihan
Gred Beras Panjang Panjang Sederhana Panjang
Mutu Nasi Baik Baik Baik
Rebah Tahan Rebah Tahan Rebah Tahan Rebah
Reaksi ke Penyakit/
Serangga)
Sederhana tahan pada
Penyakit Karah. Boleh
diserang oleh Bena Perang.
Sederhana tahan pada
Penyakit Karah. Boleh
diserang oleh Bena Perang
Sederhana tahan pada
Penyakit Karah. Boleh
diserang oleh Bena Perang
Hasil Gantang/ekar 756 – 1001 500 – 1166 400 – 916
Kawasan yang sesuai Seberang Prai, Kedah/
Perlis dan Tanjung Karang
Tanjung Karang, Seberang
Prai, Kedah/Perlis dan
Kemubu
Kemubu, Besut dan
Kuala Terengganu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *